BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
PENGENALAN
Definisi Tingkah Laku
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangumi aktiviti,aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yain. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusian. Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.
Mengikut (PL94-142), masalah tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif atau negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.
9.1 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU
Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidak mempunyai objektif jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekolah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu, 2008)
Penderaan Kanak-Kanak iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun menyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak di sekelilingnya.
Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008) kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk diirnya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi. Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila emosi mereka didera. Tingah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkan emosi ( expressed emosion) yang dipercayai dapat menentukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikap penolakan , pengasingan , sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi cukup.
9.11 Pengurusan Tingkah Laku
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru mesti mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah, mengenal pasti, dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negatif guru perlu membuat pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru.
9.3 PERATURAN DAN DISIPLIN MURID
a) Disiplin
- Peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.
- Kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang/ peraturan- peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.
b) Pengurusan Disiplin
- Merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat. Perkara penting perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan mahkamah. Mengandungi dokumen undang-undang. Contohnya ialah Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.
c) Tanggungjawab pengetua/ Guru-guru
1. "Vicarious Liability" - bertanggungjawab secara langsug terhadap semua perkara di sekolah yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap murid-murid.
2. Umumnya - mendidik, menjaga dan " duty of care"
3. Penyeliaan di Bilik Darjah - perlu menyelia dan memastikan keselama tan dan mengambil langkah proaktif pencegahan serta menyelia dengan kadar munasabah.
4. Pengetua - mengambil maklum dokumen undang-undang, berkongsi/ menyebar luas, mengingatkan staf secara konsisten dan perlu memastikan guru mahir/ tahu.
5. Guru - "In-loco parentis" / tanggungjawab seperti. Ibu bapa. Cuai boleh di dakwa.
d) Prosedur Tindakan Disiplin Di Sekolah
1) Tindakan yang betul
a) Diberitahu kesalahan & hukuman
b) Keterangan bela diri
c) Kemuka Rayuan - didengari
d) Jatuh hukuman dengan adil
2) Rujuk - Buku Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah & Surat Pekeliling Ikhtisas
3) Elak hukuman - tidak tepat, mendera menjatuhkan maruah & tidak ikut surat pekeliling ikhtisas.
ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN DISIPLIN 1959
Peraturan 4 dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: ( Tanggungjawab guru besar atas disiplin)
"Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah" dan bagi maksud itu hendaklah
"mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu."
Peraturan 5 dalam Peraturan- Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 : ( Kuasa- Kuasa guru besar)
- Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat.
Peraturan 7 : PERWAKILAN KUASA OLEH GURU BESAR
- Guru besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tetapi yang disebut di atas itu tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana guru selain guru berdaftar.
Peraturan 9 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: Kuasa pendaftar mengarahkan pembuangan murid dari sekolah.
Peraturan 10 : Rayuan
(1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenaiya sebagaimana difikirkannya patut.
(2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengiut peruntukan -peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.
Peraturan 11 : Catatan dibuang sekolah dalam Sijil Berhenti Sekolah

Peraturan 12 : Peraturan masuk balik sekolah
Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya)
(a) masuk atau dibenarkan masuk ke dalam sekolah itu;atau
(b) diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar Besar.
PEKELILING IKTHISAS
Surat Pekeliling Ihtisas Bil. 8/1968:
"tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar."
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975:
"semua guru hendaklah memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah"
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001:
".... masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah." ".... semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid..."
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:
7/2003 Kuasa Guru Merotan Murid
111- BERJUDI
112- MENCURI
113- LAWAN/ANCAM/PUKUL/CEDERA GURU
114- LAWAN/ANCAM/PUKUL/CEDERA PENGAWAS
115- MEMERAS UGUT
116- MEMBULI
117- MENGANGGOTAI KUMPULAN HARAM/ KONGSI GELAP
118- MENYALAHGUNAKAN DADAH
119- MEMBAWA SENJATA BERBAHAYA
120- MENCABUL KEHORMATAN
121- ANCAM/PUKUL/ CEDERA MURID LAIN
122- MENCEROBOH BILIK KHAS/ KEDAI OPERASI PEJ.SEKOLAH
124- TUNJUK PERASAAN/ BERPIKET/ GANGGU KETENTERAMAN SEKOLAH
125- BERTARUH SECARA BESAR- BESARAN
2. TINGKAH LAKU LUCAH
221- BERCUMBU-CUMBUAN
222- BERKHALWAT
234- MEMBAWA BAHAN-BAHAN LUCAH
224- MENGINTAI MURID-MURID PEREMPUAN
225- MENGUNAKAN KATA PERBUATAN LUCAH
226- MELUKIS KATA-KATA & GAMBAR LUCAH
3. KEKEMASAN DIRI
331- RAMBUT PANJANG / FESYEN RAMBUT KETERLALUAN
332- BERKUKU PANJANG
333- BERMISAI ATAU BERJANGGUT
334- MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN SEKOLAH
335- MEMAKAI BARANG PERHIASAN YANG DILARANG KE SEKOLAH
4. TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA
441- BERELIARAN DI KAWASAN SEKOLAH
442- DATANG LEWAT KE SEKOLAH
443- LEWAT KE PERHIMPUNAN
444- MAKAN DI KANTIN DI LUAR MASA REHAT
445- LEWAT PULANG KE ASRAMA
5. TINGKAH LAKU KURANG SOPAN & BIADAB
551- BERKELAKUAN KASAR TERHADAP GURU
552- BERKELAKUAN KASAR TERHADAP PENGAWAS
553- BERKELAKUAN KASAR TERHADAP MURID
554- BERBAHASA KESAT
555- MENYIMPAN ROKOK
556- MENGHISAP ROKOK
557- MENGGANGU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
558- TIDAK MENGHORMATI GURU
559- TIDAK MENGHORMATI PENGAWAS
560- MINUM MINUMAN KERAS
6. TINGKAH LAKU MUSNAH
661- MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH
662- MEROSAKKAN HARTA BENDA PENGETUA/ GURU BESAR/ GURU-GURU
663- MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN
664-MEROSAKKAN HARTA BENDA MURID
7. TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR
771- MENIPU YANG MELIBATAN WANG
772- MENIPU YANG MELIBATKAN KEPERCAYAAN
8. PONTENG
881- PONTENG KELAS
882- PONTENG SEKOLAH
883- PONTENG PERHIMPUNAN
884- PONTENG KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH/ KEGIATAN KO
885- PONTENG UJIAN
886- PONTENG PEPERIKSAAN
887- PONTENG UNTUK 'PRIVATE STUDY'
888- PONTENG ASRAMA
9. LAIN-LAIN
911- BERGADUH/ BERKELAHI
912- KENAKALAN/ HOOLIGANISM
913- KESALAHAN SIBER
914- MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH
A11- PENGLIBATAN DALAM POLITIK
Kesalahan Berat
1. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan
2. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang
3. Membabitkan diri dalam kumpulan haram
4. Mencabul kehormatan guru/ murid
5. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii
6. Melacur/ menjadi bohsia/ bohjan/ pondan
7. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral
8. Mengintai murid lelaki/ perempuan
9. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan
10. Merosakkan harta benda sekolah/guru
11. Membawa atau menggunakan bahan letupan
12. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah
13. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh
14. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia
15. Membawa atau menggunaan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/ peperiksaan atau ujian
16. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
17. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
18. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala( tidak berturut-turut) selama 60 hari/ selama 1 tahun sesi persekolahan .
19. Mengganggu/ menjejaskan kuasa Guru Besar/ Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.
20. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran .
21. Mengedar , memiliki , membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah
22. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
23. Melakukan hubungan yang dicurigai
24. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
2. Menyalahgunakan/ menggunakan peralatan/ sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/ peperiksaan
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/ jata sekolah, negeri dan kebangsaan
7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan daripada daripada satu pada satu cuping telinga.
10.Kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini.
KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut atau jambang
2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang
4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa bayaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas
10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam
11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran
12. Makan atau minuman di bilik darjah
13. Melakukan pembaziran air/ elektrik
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap
15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
16. Datang lewat ke sekolah
17. Lewat bergerak ke perhimpunan/ bengkel/ makmal
18. Bising dalam bilik darjah sehingga menganggu kelas lain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Tidak membuang gerak kerja yang ditugaskan.
21. Mengganggu kawasan
22. Mengganggu guru
23. Lewat masuk kelas
24. Mengotorkan kelas
25. Tidak duduk setempat
26. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN
1. KESALAHAN DILIHAT SECARA OBJEKTIF
2. WUJUDKAN SUASANA TENANG
3.BERI PELUANG PELAJAR MEMBUAT PENJELASAN
4. MEMBANTU MURID SEDAR KESALAHANNYA
Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur Darul Fikir Z675 A23 1995

- Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses perngajaran dan pembelajaran adalah dilarang.
- Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.
Pengurusan Pelajar Secara Kolektif
Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar. Oleh itu, pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama.
Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang, guru-Guru Kaunseling, Guru Disiplin, Guru Tingkatan/kelas dan Guru Agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.
Ini bermakna, seseorang gutu tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan.
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.
- Contohnya : Mengetuk, menyekel, menampar, mencubit hingga lebam, memulas telinga, mengenjut beberapa kali sambil memegang telinga, mencela, mendera seperti berlari keliling padang dan berjemur.
- Hukuman- hukuman tersebut dilarang kerana dianggap melampau, berbentuk cacian dan seksaan
Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah
- Mengikut kanun Prosedur Jenayah adalah menjadi satu kewajipan melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan bagi orang ramai termasuk sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya atau niat mana-mana orang yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti merusuh, mendatangkan kematian tanpa niat , membunuh dan cuba membunuh, merompak , membakar bangunan, memeras ugut, menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau menyalahgunakan dadah atau kedua-duanya sekali.
PEKELILING DAN PERATURAN
1.TINGKAH LAKU JENAYAH
- Mengikut kanun Prosedur Jenayah adalah menjadi satu kewajipan melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan bagi orang ramai termasuk sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya atau niat mana-mana orang yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti merusuh, mendatangkan kematian tanpa niat , membunuh dan cuba membunuh, merompak , membakar bangunan, memeras ugut, menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau menyalahgunakan dadah atau kedua-duanya sekali.
PEKELILING DAN PERATURAN
1.TINGKAH LAKU JENAYAH
111- BERJUDI
112- MENCURI
113- LAWAN/ANCAM/PUKUL/CEDERA GURU
114- LAWAN/ANCAM/PUKUL/CEDERA PENGAWAS
115- MEMERAS UGUT
116- MEMBULI
117- MENGANGGOTAI KUMPULAN HARAM/ KONGSI GELAP
118- MENYALAHGUNAKAN DADAH
119- MEMBAWA SENJATA BERBAHAYA
120- MENCABUL KEHORMATAN
121- ANCAM/PUKUL/ CEDERA MURID LAIN
122- MENCEROBOH BILIK KHAS/ KEDAI OPERASI PEJ.SEKOLAH
124- TUNJUK PERASAAN/ BERPIKET/ GANGGU KETENTERAMAN SEKOLAH
125- BERTARUH SECARA BESAR- BESARAN
2. TINGKAH LAKU LUCAH
221- BERCUMBU-CUMBUAN
222- BERKHALWAT
234- MEMBAWA BAHAN-BAHAN LUCAH
224- MENGINTAI MURID-MURID PEREMPUAN
225- MENGUNAKAN KATA PERBUATAN LUCAH
226- MELUKIS KATA-KATA & GAMBAR LUCAH
3. KEKEMASAN DIRI
331- RAMBUT PANJANG / FESYEN RAMBUT KETERLALUAN
332- BERKUKU PANJANG
333- BERMISAI ATAU BERJANGGUT
334- MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN SEKOLAH
335- MEMAKAI BARANG PERHIASAN YANG DILARANG KE SEKOLAH
4. TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA
441- BERELIARAN DI KAWASAN SEKOLAH
442- DATANG LEWAT KE SEKOLAH
443- LEWAT KE PERHIMPUNAN
444- MAKAN DI KANTIN DI LUAR MASA REHAT
445- LEWAT PULANG KE ASRAMA
5. TINGKAH LAKU KURANG SOPAN & BIADAB
551- BERKELAKUAN KASAR TERHADAP GURU
552- BERKELAKUAN KASAR TERHADAP PENGAWAS
553- BERKELAKUAN KASAR TERHADAP MURID
554- BERBAHASA KESAT
555- MENYIMPAN ROKOK
556- MENGHISAP ROKOK
557- MENGGANGU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
558- TIDAK MENGHORMATI GURU
559- TIDAK MENGHORMATI PENGAWAS
560- MINUM MINUMAN KERAS
6. TINGKAH LAKU MUSNAH
661- MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH
662- MEROSAKKAN HARTA BENDA PENGETUA/ GURU BESAR/ GURU-GURU
663- MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN
664-MEROSAKKAN HARTA BENDA MURID
7. TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR
771- MENIPU YANG MELIBATAN WANG
772- MENIPU YANG MELIBATKAN KEPERCAYAAN
8. PONTENG
881- PONTENG KELAS
882- PONTENG SEKOLAH
883- PONTENG PERHIMPUNAN
884- PONTENG KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH/ KEGIATAN KO
885- PONTENG UJIAN
886- PONTENG PEPERIKSAAN
887- PONTENG UNTUK 'PRIVATE STUDY'
888- PONTENG ASRAMA
9. LAIN-LAIN
911- BERGADUH/ BERKELAHI
912- KENAKALAN/ HOOLIGANISM
913- KESALAHAN SIBER
914- MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH
A11- PENGLIBATAN DALAM POLITIK
Kesalahan Berat
1. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan
2. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang
3. Membabitkan diri dalam kumpulan haram
4. Mencabul kehormatan guru/ murid
5. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii
6. Melacur/ menjadi bohsia/ bohjan/ pondan
7. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral
8. Mengintai murid lelaki/ perempuan
9. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan
10. Merosakkan harta benda sekolah/guru
11. Membawa atau menggunakan bahan letupan
12. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah
13. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh
14. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia
15. Membawa atau menggunaan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/ peperiksaan atau ujian
16. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
17. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
18. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala( tidak berturut-turut) selama 60 hari/ selama 1 tahun sesi persekolahan .
19. Mengganggu/ menjejaskan kuasa Guru Besar/ Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.
20. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran .
21. Mengedar , memiliki , membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah
22. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
23. Melakukan hubungan yang dicurigai
24. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
2. Menyalahgunakan/ menggunakan peralatan/ sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/ peperiksaan
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/ jata sekolah, negeri dan kebangsaan
7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan daripada daripada satu pada satu cuping telinga.
10.Kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini.
KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut atau jambang
2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang
4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa bayaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas
10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam
11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran
12. Makan atau minuman di bilik darjah
13. Melakukan pembaziran air/ elektrik
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap
15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
16. Datang lewat ke sekolah
17. Lewat bergerak ke perhimpunan/ bengkel/ makmal
18. Bising dalam bilik darjah sehingga menganggu kelas lain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Tidak membuang gerak kerja yang ditugaskan.
21. Mengganggu kawasan
22. Mengganggu guru
23. Lewat masuk kelas
24. Mengotorkan kelas
25. Tidak duduk setempat
26. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN
1. KESALAHAN DILIHAT SECARA OBJEKTIF
- Jangan terlalu/ikut emosi
- Buat kesimpulan terburu-buru
2. WUJUDKAN SUASANA TENANG
- Semasa siasatan dibuat
- Dapatkan bukti-bukti/ saksi
3.BERI PELUANG PELAJAR MEMBUAT PENJELASAN
- Cuba fahami
4. MEMBANTU MURID SEDAR KESALAHANNYA
- Nasihat ubah kelakuan
- Kaji punca-punca masalah
- Rujuk pada Guru Kaunseling
5. KESALAHAN DISIPLIN SERIUS
- Perlulah dimaklumkan kepada Pengetua
6. MERUJUK KES-KES TERTENTU KEPADA BERKAITAN
- JPN, Polis, JKM, AADK dan lain-lain
KESIMPULAN
Tanggungjawab pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar buan hanya terletak pada bahu seorang pengetua/ guru besar sesebuah sekolah semata-mata. Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab semua pihak khususnya guru-guru yang ada di sesebuah sekolah. Pengurusan masalah disiplin juga harus dilaksanakan dengan telus dan amanah oleh pihak sekolah sesuai dengan apa yang terkandung dalam pekeliling ikhtisas dan peraturan sekolah.
RUJUKAN
Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur Darul Fikir Z675 A23 1995
Ulasan
Catat Ulasan