BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH
- Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah.
- Seseorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin secara berkesan.
- Guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilik darjah , mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja , mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah.
FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH
- Susunan fizikal dan tempat duduk bilik darjah
- Persekitaran psikososial semasa di dalam bilik darjah
- Faktor fizikal
- Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran fizikal. Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi meja , buku rujukan , pusat pembelajaran, bakul sampah, papan putih dan lain-lain akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid di dalam bilik darjah. Sebagai rumusan , suasana fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah penyusunan meja mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid.
- Suasana di bilik darjah yang dihias dan diatur kemas dengan pelbagai carta , gambar dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permianan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah.
- faktor psikososial
- Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti berikut;
- Suasana selesa dan mesra
- Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
- Perasaan diterima
- Sensitif dan peka kepada perbezaan individu
- Susana yang meransang pembelajaran
- Mewujudkan komunikas terbuka dan menggalakkan perkongsian idea.
- Menggalakkan pembelajaran koperatif
- Peluang yang sama untuk semua pelajar.
Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran , gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah.
(a) Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran guru perlu mengambil kita keperluan murid, perkembangan kognitif dan juga gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Antara keperluan pelajar termasuklah keperluan untuk memahami matlamat dan objektif pengajaran, melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran ,mengetahui hubungan antara perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan mereka menikmati kejayaan , memperoleh maklum balas dan berinterkasi secara positif dengan rakan sebaya.
(b) Gaya kepimpinan guru
Gaya kepimpinan yang berbeza akan memberi kesan kepada suasana pembelajaran pelajar. Kepimpinan autoritarian mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman dan menekan murid yang membuat kesilapan. Ingatkah anda guru yang sentiasa memarahi anda , setiap kali anda membuat kesilapan seperti tidak dapat menjawab sifir yang disoal dengan betul ? Guru jenis ini mewujudkan suasana pembelajaran yang tertekan dan mewujudkan suasana kelas yang tidak kondusif.
Seterusnya, gaya kepimpinan yang ditunukkan oleh seorang guru adalah bersifat demokratik. Guru tersebut akan berkongsi tanggungjawabnya dengan muridnya. Terdapat saling hormat dan percaya antara guru dengan murid. Pernahkah anda mempunyai guru sedemikian semasa anda di sekolah? Saya rasa anda lebih suka kepada guru yang jenis ini kerana tidak tertekan semasa belajar. Guru anda ini baik, mengambil berat dan mesra tetapi dalam masa yang sama dia ada sifat tegas . Maka dengan itu, dalam baik ada tegasnya ini akan menjadi kita serius dalam pembelajaran tanpa ada rasa tertekan .Penyelidikan telah menunjukkan bahawa produktiviti dan pencapaian adalah tinggi bagi guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik.
Selain itu, pendekatan gaya kepimpinan yang bersifat laissez-faire. Guru akan membuat kerja sendiri dan memberi kebebasan tanpa batasan. Murid-murid diberi kebebasan untuk membuat kerja mereka masing-masng. Kepimpinan jenis ini menyebabkan kelas menjadi kucar kacir . Guru bersifat laissez-faire menyebabkan bilik darjah tidak terancang , murid-murid yang semangat ingin belajar berasa tertekan dan berputus asa.
(c) Komunikasi dan corak interaksi
Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru . Hal ini membolehkan guru menyampaikan objektif pengajarannya dengan jelas dan mudah.
Kemahiran dalam komunikasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran menghantar maklumat dan kemahiran menerima maklumat. Kemahiran menghantar maklumat termasuklah pertuturan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang sesuai. Ia menunjukkan guru itu menggunakan bahasa yang sopan semasa mengajar. Guru harus memandang ke arah murid bagi mewujudkan kontrak mata apabila bercakap dengan murid tersebut. Apabila menegur murid , teguran haruslah berfokus kepada tindakan murid dan bukan kepada murid. Misalnya, apabila guru hendak menegur murid yang bercakap semasa guru sedang mengajar , dia boleh berkata ,' kelakuan kamu ni telah memalukan ibu bapa kamu sendiri Ahmad dan bukannya 'Ahmad kamu telah memalukan ibu bapa kamu'. Maklum balas yang diberi kepada murid mesti jelas dan spesifik.
Kemahiran menerima maklumat atau kemahiran mendengar penting dalam menjalinkan hubungan dengan murid. Seseorang murid akan berasa dirinya dihormati dan penting apabila guru memberikan perhatian terhadap pandangannya. Guru haruslah mendengar dengan jelas apa yang ditanya oleh murid serta menjawab dengan cepat.
Komunikasi dua hala turut menggalakkan interaksi antara guru murid. Pada masa yang sama , guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumulan dan saling membantu serta bertukar pendapat. Namun, kadang kala sesetengah murid akan menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri di dalam kelas. Ada sesetengah murid bersifat introvert, mungkin tersingkir dan sukar diterima oleh rakan. Manakala ada murid yang ekstrovert yang ingin didampingi oleh ramai murid di dalam kelas . Guru akan dapat mengetahui tahap interaksi sosial melalui pemerhatian dengan menggunakan teknik sosiometri. Pengetahuan tahap sosial murid membantu guru membentuk kumpulan yang dapat bekerjasama.
Kesimpulannya, guru tidak harus mengamalkan jenis komunikasi yang bersifat sehala. Komunikasi yang diamalkan oleh guru ialah komunikasi yang terbuka bersifat dua hala. Dengan cara komunikasi begini, anda akan menggalakkan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
RUTIN BILIK DARJAH
Konsep Rutin
Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan harian bilik darjah. Ia juga adalah satu prosedur yang tetap dan perlu dijalankan sebagai aktiviti harian bilik darjah. Rutin pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya membentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetapi juga meningkatkan semangat murid , keselamatan dan meningkatkan disiplin kendiri murid dan memupuk seikap yang baik dala diri murid seperti bersifat koperatif dan bertanggungjawab.
Guru perlu menerangkan kepada murid tentang rutin bilik darjah pada awal tahun .Semasa murid perlu faham dan jelas tentang rutin, peraturan dan prosedur bilik darjah supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab mereka secara ikhlas dan sukarela. Contoh rutin bilik darjah termasuklah mengambil kehadiran murid, memungut yuran ,menyusun kerusi dan meja serta menyiapkan jadual tugasan.
Jenis- jenis Rutin
(a) Rutin Kelas (bukan akademik)
Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan membuat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan proses pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan untuk mengurangkan masalah disiplin dan memastikan bilik darjah berada dalam suasana yang kondusif. Contoh rutin bilik darjah : mengurus kebersihan bilik darjah , termasuk menyapu lantai, menyusun kerusi dan meja serta membersihkan papan tulis , membentuk peraturan dan jadual tugasan murid.
(b) Rutin pentadbiran
Guru memainkan peranan sebagai seorang pentadbir . Adalah penting bagi seorang guru mengurus pentadbiran bilik darjah secara berkesan kerana ini akan membantu murid-murid belajar dalam suasana yang selesa dan tenteram. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga guru serta murid . Ini boleh memberi manfaat kepada pembelajaran murid. Murid akan lebih berasa selamat dan berdisiplin. Contoh rutin pentadbiran : mengambil kehadiran murid, memungut yuran( seperti yuran peperiksaan , derma PIBG), menyediakan laporan kemajuan murid dan kesihatan murid.
(c) Rutin Pergerakan murid
Murid perlu tahu prosedur pergerakan dari satu aktiviti atau bilik darjah kepada yang lain. Contohnya kebanyakan sekolah memerlukan murid untuk beratur sebelum pergi ke makmal sains dan komputer, bengkel kemahiran hidup dan Sains Rumahtangga. Ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih berdisiplin sewaktu bergerak ke makmal atau mengikut aktiviti luar.
(d)Rutin pengurusan Tugasan
Rutin jenis ini termasuklah persediaan guru terhadap tugasan , aktiviti sumber pengajaran dan pembelajaran dan membina pusat aktiviti. Untuk memastikan kelicinan dalam mengimplementasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran , guru perlu memberitahu murid tentang hasil pembelajaran yang diharapkan, apa yang perlu mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian hasil pembelajaran mereka. Guru perlu juga memantau aktiviti bilik darjah dan menilai pencapaian murid.
(e) Rutin Pembelajaran
Rutin jenis ini berlaku dalam pada setiap hari dan ini membantu menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul sewaktu menjalankan rutin adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara lansung di mana perlu . Contoh rutin pembelajaran : memungut buku latihan , menanda latihan mengagihkan sumber dan buku.
(f) Rutin Interaksi
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti yang berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid- murid dan guru-murid adalah digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab perkara yang diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain. Contohnya, perbincangan kelas dan kumpulan kecil , membuat ujikaji makmal , aktiviti kumpulan seperti main peranan dan projek.
DISIPLIN BILIK DARJAH
Konsep bilik darjah
Mengikut Oliva (2965), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur , kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman.
Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa beberapa maksud seperti:
- Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.
- Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.
- Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menganggu kepentingan orang lain.
- Kesanggupan hormat-menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong.
- Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang dibina
- Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat.
Jenis-jenis disiplin
Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja , disiplin arahan kumpulan dan disiplin arahan diri
Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja , disiplin arahan kumpulan dan disiplin arahan diri
(a)Disiplin arahan guru
Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik akan menjamin segala aktiviti pengajran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan - peraturan bilik darjah dan memastikannya sentiasa dipatuhi oleh murid-murid dalam bilik darjah. Kerja guru seperti menentukan peraturan-peraturan mengawal murid-murid supaya mematuhinya dalam bilik darjah, menghukum murid yang melanggar disiplin merupakan jenis disiplin arahan guru.
Disiplin arahan guru mempunyai kuasa autokratik, iaitu guru mempunyai kuasa yang mutlak atau kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan. murid-murid hanya mematuhi segalanya untuk menjamin kewujudan disiplin yang baik di dalam bilik darjah.
Oleh itu, guru mempunyai kuasa mendenda murid yang melanggar peraturan, jenis disiplin ini juga mempunyai ciri menghukum. Kedua-dua ciri disiplin arahan guru, iaitu ciri autokratik dan ciri menghukum telah menjadi amalan guru dalam pengurusan disiplin bilik darjah.

(b)Disiplin arahan kerja
Ia wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru perlu diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disiplin kerja ini dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual.
Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motivasi yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri. Sememangnya, tidak semua murid mempunyai disiplin arahan kerja dan mematuhi arahan guru dalam menyempurnakan tugasan mereka mengikut jadual. Mematuhi disiplin ini bergantung kepada kematangan murid serta jenis tugasan yang diberikan. Secara amnya, disiplin arahan guru dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberika adalah menarik, bermakna , boleh disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, sesuai dengan umur dan keupayaan murid itu.

(c)Disiplin arahan kumpulan
Disiplin arahan kumpulan diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Sebagaimana yang diketahui, dinamika kumpulan dibentuk berdasarkan kepada norma ,nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Oleh itu, tingkah laku murid dapat dikawal semasa interaksi di antara rakan sebaya. Proses kesesuaian mengikut norma setiap kumpulan akan berlaku, menghasilkan kawalan disiplin diantara ahlinya. Murid yang tidak mematuhi norma dinamika, kumpulan itu akan disingkirkan. Proses penyesuaian dan penyingkiran yang berlaku antara ahli dalam dinamika kumpulannya menghasilkan disiplin arahan kumpulan. Guru yang cekap dalam pengurusan bilik darjah, biasanya boleh menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal sesetengah murid yang sering melanggar peraturan bilik darjah. Bimbingan yang sesuai harus diberikan kepada ketua-ketua kumpulan mereka supaya norma dan kepercayaan yang diamalkan adalah sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin bilik darjah.
Displin arahan kumpulan juga boleh diwujudkan dalam aktiviti kumpulan, misalnya semasa sekumpulan murid menjalankan aktiviti pengayaan atau melaksanakan sesuatu kerja projek. Dalam aktiviti tersebut, tugas kawalan disiplin murid biasanya diserahkan kepada ketua kumpulan mereka. di bawah kawalan ketua kumpulan, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik , teratur serta licin. Keadaan seperti ini boleh disamakan dengan kewujudan disiplin arahan kumpulan dalam kalangan kumpulan mereka.

(d)Disiplin arahan diri
Disiplin arahan diri bermaksud keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan -peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran.
Takrif disiplin arahan diri ini membawa implikasi murid-murid mematuhi peraturan-peraturan sekolah secara sukarela tanpa dipaksa atau diarah oleh guru. Disiplin arahan diri diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid itu sendiri.
Disiplin arahan diri ini diwujudkan secara tidak sedar apabila murid-murid telah mencapai tahap kematangan , iaitu boleh berfikir secara rasional. Walaubagaimanapun, nilai disiplin jenis ini boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan sekolah kepada murid-murid, menyerapkan nilai-nilai murni seperti keadilan , hormat-menghormati hak orang lain, timbang rasa, toleransi dan kerjasama dalam aktiviti pengajaran pembelajaran serta aktiviti kokurikulum.
Antara empat jenis disiplin yang dibincangkan, disiplin arahan diri merupakan disiplin yang paling berkesan dalam pengurusan disiplin bilik darjah. apabila murid-murid mulai sedar betapa pentingnya mematuhi peraturan-peraturan sekolah , masalah disiplin di sekolah akan dapat dikurangkan ke peringkat yang minimum.

PUNCA MASALAH DISIPLIN DI DALAM BILIK DARJAH
- Kebosanan , guru telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik , mencabar dan sesuai dengan tahap pencapain pelajar.
- pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana sukar, kurang jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa bagi aktiviti terlalu lama.
- pengurusan guru adalah lemah , contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi dan terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pengajaran.
- keliru dengan ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit tentang apa yang didinginkan daripada pelajar.
- Interaksi rakan sebaya , perbualan atau tingkah laku tidak dinigini dan gangguan dari luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah.
- Harga kendiri akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri sendiri
JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN
CARA-CARA MENANGANI MASALAH DISIPLIN DI DALAM BILIK DARJAH
(a) Amaran konstruktif
Apa yang anda faham dengan amaran konstruktif? Bilakah ia digunakan? Amaran ini digunakan apabila tingkah laku yang tidak diingini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, keberkesanan tindakan ini bergantung kepada apa yang diperkatakan dan cara bagaimana ia disampaikan. Contohnya;
- Dapatkan perhatian pelajar dan tegaskan bahawa ini adalah satu amaran
- jelaskan tingkah laku yang diingini secara eksplisit
- Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi kerjasama
- amaranperlu ringkas
- Tersukan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang memberi kerjasama
(b) Hukuman
Sudah pasti anda biasa mendengar istilah 'hukuman'. Berapa kerap anda menggunakan hukuman dalam bilik darjah anda? Tahukah anda bahawa respon yang seringkali diberikan kepada tingkah laku negatif merupakan satu hukuman? Mengejutkan tetapi benar. Respon berbentuk negatif merangkumi tindakan tatatertib seperti amaran lisan, mengherdik dan memaparkan nama serta salah laku pelajar. Hukuman yang diberikan adalah menarik balik keistimewaan , mengasingkannya dari pelajar lain, memecat pelajar dari jawatan yang disandang , menambah beban tugas, digantungkan persekolahan dan sebagainya.
Anda perlu sedar bahawa hukuman mungkin menimbulkan kesan-kesan negatif kepada pelajar. Cuba beri contoh kesan negatif. Hukuman mungkin menghalang pembelajaran (Englander, 1986), gagal mendidik pelajar cara-cara mempelbagaikan tingkah laku dan mungkin juga tidak dapat menghasilkan perubahan pada tingkah laku (Emmer & Aussiker, 1987)
(c) Pencegahan Salah laku
- Memahami Dinamika Bilik Darjah
Semua tingkah laku membawa makna sosial yang hanya dapat difahami dalam konteks sosial tertentu. Adalah penting bagi guru menangani masalah tingkah laku dengan melibatkan semua pelajar dari kelas tersebut . Dengan memerhatikan perhubungan pelajar dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain dapat membantu anda mencari punca dan matlamat masalah tingkah laku yang ditunjukkan dan bagaimana rakan sebayanya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini.
Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa , rakan sebaya dapat mempengaruhi atau membendung tingkah laku dengan lebih berkesan dibandingkan dengan guru sendiri. Memahami dinamika bilik darjah merupakan kemelut bagi sebarang langkah pembetulan untuk menangani masalah pelajar.
- susun atur tempat duduk
Sebagai guru, anda bertanggungjawab untuk menyusun atur tempat duduk pelajar anda. Bagaimanakah caranya? atur tempat duduk supaya membolehkan anda memerhati dan memudahkan pergerakan untuk mendekati pelajar. Buat 'eye contact' dengan pelajar sama ada semasa pengajaran atau apabila berkomunikasi.
- prihatin terhadap pelajar
Adalah penting untuk anda membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa ke semasa untuk memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah dengan tugasan mereka atau memerlukan bantuan anda. Jika keadaan ini berlaku, beri sokongan anda supaya mereka akan teruskan dengan kerja masing-masing. Guru juga perlu menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan pelajar sama ada besar atau kecil. Disini jelas diperhtikan bahawa sentuhan peribadi adalah lebih berkesan berbanding memanggil nama pelajar.
- mengurus disiplin
- urus rutin bilik darjah dengan berkesan
- bina hubungan rakan sebaya yang sihat melalui aktiviti kolaboratif dalam dan luar bilik darjah.
- ingatkan murid tentang akibat salah laku
- wujudkan perhatian dan motivasi dalam bilik darjah
- libatkan murid dalam aktiviti pengajaran
- amalkan sikap mengurus masa dengan bijak dan uruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan.
MEMPRAKTIKKAN STRATEGI DISIPLIN YANG SESUAI
- mesra , peribadi dan rela mendampingi diri dengan murid
- Uruskan tingkah laku spesifik yang terkini
- Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya.
- Buat perancangan untuk perubahan tingkah laku
- dapatkan komitmen untuk murid menjalankan rancangan tersebut
- Buat tindakan susulan untuk melihat keberkesanan perancangan tersebut
- Jangan menghukum murid dengan bersikap negatif dan jangan menerima alasan-alasan jika tingkah laku yang tidak sesuai masih berterusan.
Ulasan
Catat Ulasan