BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
Pendahuluan
Interaksi boleh didefinisikan sebagai satu jalinan hubungan antara guru dengan pelajar. Menurut kamus ‘A English Dictionary’, interaksi bererti proses saling bertindak serta saling mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi terdiri dari kata inter (antar), dan aksi (kegiatan). Jadi interaksi adalah kegiatan timbal balik. Interaksi selalu dikaitkan dengan istilah komunikasi atau hubungan. Sedang komunikasi berpangkal pada perkataan “communicare” yang bererti memberitahu atau menjadi milik bersama. Roestilah (1994:35) mengemukakan bahawa “interaksi iaitu proses dua arah yang mengandungi tindakan atau perbuatan”. Zahra (1996:91) mengemukakan bahawa “interaksi merupakan kegiatan timbal balik. Interaksi belajar dan mengajar adalah suatu kegiatan sosial antara pelajar dan guru”. Menurut Homans (Ali, 2004:87) mendefinisikan interaksi sebagai suatu kejadian ketika suatu aktiviti yang dilakukan oleh seseorang terhadap individu lain diberi ganjaran atau hukuman dengan menggunakan suatu tindakan oleh individu lain yang menjadi pasangannya.
Manakala pembelajaran boleh didefinisikan sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan. Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalamamn juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan kea rah kebaikan ataupun keburukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak dianggap sebagai pembelajaran.
Isi penting
Terdapat beberapa isi penting yang perlu diketahui dan dipelajari dala tajuk interaksi dan pembelajaran. Antaranya ialah interaksi dalam bilik darjah. Interaksi ini bererti tindakan yang sering berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak. Sebagai contoh guru dan pelajar. Guru yang cemerlang semestinya akan menggalakkan pelajarnya untuk berinteraksi sama ada dengan guru atau sesame rakan yang lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, interaksi aktif sesame pelajar dapat melatih mereka untuk berdikari dan mengalami sendiri proses pembelajaran. Interaksi di bilik darjah ini jyga boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu secara lisan atau bukan lisan. Selain itu, menurut Shahabuddin et. Al (2007), terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala, interaksi kumpulan, interaksi antara kumpulan dan interaksi sosial.
Interaksi yang pertama ialah interaksi sehala (guru dan pelajar). Interaksi ini merupakan kaedah mengajar dengan menggunkan cara yang lama atau pasif. Hal ini kerana, pelajar dipaksa untuk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru sama ada secara arahan atau penerangan tanpa ada sebarang bantahan. Bagi interaksi ini, guru mengamalkan pendekatan jenis authoritarian dimana pelajar tidak mempunyai kuasa atau peluang untuk berinteraksi dengan pelajar lain sekaligus membantutkan perkembangan pemikiran pelajar.
Interaksi yang kedua ialah interaksi dua hala. Ianya menjadi dua hala apabila terdapat soalan yang ditanya oleh guru. Guru akan bertanya kepada pelajar dan pelajar menjawab ataupun pelajar bertanya kepada guru dan guru menjawab. Guru banyak mendorong pelajarnya untuk aktif dengan cara menyoal dan menggalakkan pelajar untuk mengeluarkan pendapat. Keadaan seperti ini biasa berlaku di dalam bilik darjah. Interaksi jenis ini juga tidak mengamalkan interaksi dengan rakan sebaya. Dapat disimpulkan disini bahawa interaksi pasif seperti ini akan membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas kerana mereka hanya memfokuskan kepada pembelajaran. Mereka juga perlu mengamalkan cara pembelajaran  bercorak hafalan dan perlu mengingati banyak fakta. Namun begitu, keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya guru memberikan ganjaran untuk menaik minat pelajarnya.
Interaksi yang ketiga ialah interaksi kumpulan. Interaksi ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi ini juga berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan seperti membuat projek, perbincangan dan simulasi. Kerja secara berkumpulan ini diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi dengan ahli kumpulan semasa sesi perbincangan dijalankan. Interaksi sebegini mampu memupuk nilai positif seperti kerjasama, menghormati, tolenrasi dan semangat berpasukan. Di samping itu, dengan adanya interaksi sebegini pelajar yang takut, malu dengan kehadiran guru boleh dan mampu untuk berinteraksi secara aktif dengan ahli kumpulan yang lain. Hal ini kerana, guru tidak akan terlibat dalam sesi perbincangan ini dan hanya menjadi pemudahcara atau fasilitator kepada para pelajar.
Interaksi yang seterusnya ialah interaksi antara kumpulan. Interaksi ini kebiasaannya digunakan bagi pelajar yang berada di kelompok pandai. Hal ini kerana, pelajar akan berbincang sesama ahli kumpulan sebelum mengadakan sesi pembentangan. Dalam erti lain interaksi jenis ini langsung tidak melibatkan guru. Pelajar akan berbincang di dalam kumpulan dan bertukar idea atau pandangan dengan kumpulan lain. Di samping itu, kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang.
Interaksi terakhir ialah interaksi sosial. Menurut kamus dewan, sosial dikaitkan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Ianya juga merujuk kepada persahabatan, pergaulan dan sebagainya. Namun, dalam konteks bilik darjah pendekatan interaksi sosial lbih menekankan aktiviti secara berkumpulan. Ianya bertujuan untuk mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar. Oleh itu, strategi pembelajaran koperatif sangat sesuai untuk mewujudkan interaksi sosial.
Namun begitu, selain daripada kelima-lima interaksi yang dinyatakan di atas, interaksi berkesan juga merupakan antara salah satu interkasi yang penting dalam tajuk ini. Interaksi ini berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima maka berlakulah knflik antar keduanya. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan oleh guru untuk mewujudkan interaksi berkesan. Antaranya, bersikap positif dan percaya kepada pelajar, bersifat ramah dan mesra, hormat pada pandangan dan pendapat pelajar, menggalakkan pelajar untuk memberikan idea dan gunakan nama pelajar ketika berinteraksi.
Di samping itu, kemahiran berkomunikasi juga merupakan salah satu aspek penting yang perlu ada supaya interaksi antara individu dapat berjalan dengan lancer. Komunikasi didefinisikan sebagai pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. Komunikasi juga merupakan proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu Bahasa. Menurut Effendy (1989), interaksi adalah proses saling mempengauhi dalam bentuk perilaku atau kegiatan di antara anggota-anggota masyarakat. Manakala menurut Mead (1934), individu-individu ni berinteraksi menggunakan symbol-simbol iaitu mengandungi tanda-tanda, isyarat dan kata-kata. Individu, emosi, perlakuan dan tindak baas dapat dianalisi melalui interaksi denagn individu lain melalui proses interaksi dalam kehidupan sosial mereka. Secara umumnya, komunikasi lisan (bahasa, intonasi suara, dialek), komunikasi tanpa lisan (gerak isyarat), komunikasi persuratan dan komunikasi visual.
Tidak semua komunikasi yang digunakan akan berkesan. Hal ini kerana, untuk berkomunikasi berkesan, seseorang perlu mempunyai beberapa kemahiran. Interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal atau perasaan akan menjadi tidak berkesan. Oleh itu, seseorang yang berkomunikasi dengan berkesan akan menggunakan kesemua deria manusia dengan cara yang bijak. Antara kemahiran komunikasi yang perlu ada adalah kemahiran dari segi tingkahlaku, kemahiran memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran memberi refleksi perasaan, kamhiran memberi maklum balas dan kemahiran menimbulkan minat orang.
Rumusan
Kesimpulannya, interaksi yang berkesan dapat mengeratkan perhubungan antara dengan para pelajar bukan sahaja di dalam bilik darjah tetapi juga semasa berada di luar bilik darjah. Perhubungan antara guru dengan pelajar yang mesra adalah sangat penting kerana ianya sangat memperngaruhi penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Interaksi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran  adalah aspek penting dan perlu dititikberatkan kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Melalui interaksi guru dapat melaksanakan rancangan pengajarannya mengikut objektif pelajar yang ditentukan. Selain itu, melalui interaksi dengan bahan pengajaran, guru dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan kepada pelajar. Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan para pelajar amatlah digalakkan. Oleh itu, intuk memastikan ianya berkesan, guru boleh menggunakan interaksi dua hala. Jika guru mempraktikkan dan memanfaatkan segala kebaikan interaksi, pasti dapat meningkatkan prestasi bukan sahaja guru malahan para pelajar dan pihak sekolah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH

BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH