BAB 14: PENGURUSAN ALAM BELAJAR
TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
PENGENALAN
v Menurut (Shaarai, 2012), proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014), Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.
v Menurut Samsudin Md Noor, pengurusan alam pembelajaran membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Manakala menurut Lee Shok Mee pula menjelaskan bahawa alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
v Pengurus alam pembelajaran dapat mengenal pasti faktor dan kepentingan persediaan alam pembelajaran serta pengaruh persekitaran alam pembelajaran. Hal ini dapat memahami hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar serta mengenal pasti masalah yang seringkali dihadapi oleh guru dalam pengurusan pembelajaran di bilik darjah dan cara untuk mengatasinya.
ISI PENTING
FAKTOR PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
1) Rancangan Orientasi Sekolah
2) Kajian Pedagogi
3) Kurikulum
4) Persedian Mengajar
5) Alat Bantu Mengajar
6) Kajian Di Sekolah
Ø Suasana belajar yang selesa akan dapat merangsang pembelajaran murid. Susun atur kelas akan memberikan kesan kepada murid-murid. Sebagai contoh, meja dan kerusi yang disusun mengikut kumpulan akan dapat memudahkan murid-murid untuk berinteraksi sesama mereka. Kaedah penyusunan kelas seperti ini akan dapat menarik minat murid untuk belajar kerana mereka dapat berkomunikasi dan berbincang dengan mudah.
Ø Selain itu, guru-guru perlu memainkan peranan dalam pengurusan alam pembelajaran. Sebagai contoh, emosi seorang guru perlulah dikawal agar tidak mengganggu suasana belajar. Guru yang sedang marah semasa mengajar akan menyebabkan murid-murid tidak berasa selesa untuk belajar dan dalam masa yang sama turut akan menyebabkan perasaan murid turut terganggu. Bukan itu sahaja, guru juga perlu menggunakan ayat yang lembut dan sopan serta menegur murid dengan cara yang berhemah.
Ø Seorang guru perlu membuat perancangan kurikulum, huraian sukatan buku teks dan rujukan sebelum memasuki kelas. Perancangan yang telah dilakukan akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk dijalankan. Selain itu,guru tersebut boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai agar mampu menarik minat murid dan seterusnya merangsang pembelajaran murid.
RUMUSAN
ü Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini merupakan salah satu perkara yang perlu dititiberatkan oleh semua guru agar dapat memupuk minat murid untuk belajar. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan lancar sekaligus dapat meningkatkan pencapaian para pelajar.
Ulasan
Catat Ulasan