BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
SOSIOLOGI
Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798-1857) dalam bukunya PositivePhilosophy (1842).
Sosio- berkongsi
- gabungan perkataan yunani dan Rom yang bermaksud
" pengetahuan mengenai masyarakat".
Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798-1857) dalam bukunya PositivePhilosophy (1842).
Sosio- berkongsi
- gabungan perkataan yunani dan Rom yang bermaksud
" pengetahuan mengenai masyarakat".
- Kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi (Vander Zanden 1996)
- Kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat , bentuk organisasi, dll (Jary &Jary) (1995)
- kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan -kumpulan dan masyarakat (Giddens,1993)
- Bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia (Waters 1994).
"Sosiology is the scientific study of human society and social interactions . The main focus of sosiology is the group, not the individual."
Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002).
sistematik dan saintifik= kelogikannya , bukti , akal , kajian , pemerhatian , guna generalisasi, merekod, ada kebenaran, bersistematik, analisi, bersifat objektif (tiada dipengaruhi kepercayaan atau nilai) dan soal selidik .
Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
Sudut= meliputi kepelbagaian budaya , stratifikasi, populasi , politik dan sebagainya.
Sosiologi= untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia , mengenalpasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.
EMILE DURKHEIM (1858-1917)
- Menekankan fakta sosial adalah sama seperti mengkaji benda.
2 jenis faktor sosial
a) Fakta sosial material (peraturan dan birokrasi)
b) Fakta sosial bukan material (budaya dan institusi sosial)
-Menekankan penggunaan statistik dalam menganalisis teori-teori sosial.
-Mengemukakan penganalisisan terhadap perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat.
-Menyatakan pandangan bahawa perubahan sosial membawa kepada masalah sosial -fenomena anomie.
HERBERT SPENCER (1820-1903)
- Menerangkan sistem laissez-faire, kapitalisme, mementingkan individualisme, persaingan dan dasar tidak campur tangan kerajaan.
- Sependapat dengan Comte mengenai Statik soisal dan dinamik sosial.
-Menyamakan masyarakat dengan organisma biologi.
-Proses perkembangan sosial adalah dipengaruhi oleh perjuangan untuk mewujudkan dan keupayaan untuk terus hidup.
-Masyarakat berkembang melalui 2 cara:
a) penggadaan anggota
b)
MAX WEBER (1864-1920)
-Menolak konsep metarialisme sejarah Marx kerana Weber berpendapat idea dan nilai turut mempunyai kesan yang sama seperti faktor ekonomi.
-Tidak setuju dengan revolusi dan mengkritik sosialisme.
-Menemukan teori mengenai proses rasionalisasi
-Menyumbangkan konsep ideal type (ciri ungggul) kepada sosiologi moden.
-Menjelaskan bahawa tidak tepat mengkaji manusia sama seperti mengkaji sains fizikal.
GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)
-Memperkenalkan teori interaksionisme simbolik (simbol yang signifikan atau mempunyai makna)
- Konsep yang terkenal : kendiri, minda, dan masyarakat.
-Menumpukan perhatian kepada menganalisis proses sosial bersaiz kecil
- Beliau menghuraikan hubungan antara aksi manusia dengan konsep simbol.
-Bentuk-bentuk simbol: perkataan, perlakuan, objek dan bahasa.
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
IBNU KHALDUN (1332-1406)
-Mengkaji masyarakat berpandukan unsur ketuhanan.
-Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan pemerhatian sejarah
-Membezakan antara masyarakat primitif dengan moden serta mengkaji perkaitan antara institusi-institusi sosial seperti politik dan ekonomi.
-Memperkenalkan konsep penting sosiologi seperti perbandingan desa dan kota , asabiyah atau solidariti sosial , perubahan sosial serta bidang-bidang berkaitan sosiologi politik, ekonomi dan sejarah.
AUGUSTE COMTE (1797-1857)
-Mengasaskan perkataan 'sosiologi'
-Pengkajian masyarakat kepada statik sosial dan dinamik sosial.
-Mengemukakan pendapat dalam Law of the Three Stages (undang-undang Tiga Peringkat) 3 Peringkat perkembangan intelektual : Teologikal → Metafizikal → Positif
KARL MARX (1818-1883)
- Merupakan ahli falsafah ,ekonomi dan revolusi yang berasal dari Jerman
.-Pemikiran berasakan materialisme sejarah
- Perubatan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau idea, tetapi dipengaruhi oleh ekonomi.
-Mengkritik sistem kapitalisme- pihak berkemampuan (borjuis) mendominasi ekonomi sementara pekerja (proletariat) terpaksa bekerja dengan borjuis.
- Menumpukan kajian kepada perubahan -perubahan yang berlaku pada zaman moden
-Menurut beliau, sejarah keseluruhan manusia adalah dipenuhi oleh perjungan antara kelas. Kelas pemerintahan (borjuis) dan kelas pekerja (proletariat). Kedua-dua pihak akan memperjuangkan kepentingan masing-masing dari situ timbulnya konflik kelas .
- Menekankan fakta sosial adalah sama seperti mengkaji benda.
2 jenis faktor sosial
a) Fakta sosial material (peraturan dan birokrasi)
b) Fakta sosial bukan material (budaya dan institusi sosial)
-Menekankan penggunaan statistik dalam menganalisis teori-teori sosial.
-Mengemukakan penganalisisan terhadap perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat.
-Menyatakan pandangan bahawa perubahan sosial membawa kepada masalah sosial -fenomena anomie.
HERBERT SPENCER (1820-1903)
- Menerangkan sistem laissez-faire, kapitalisme, mementingkan individualisme, persaingan dan dasar tidak campur tangan kerajaan.
- Sependapat dengan Comte mengenai Statik soisal dan dinamik sosial.
-Menyamakan masyarakat dengan organisma biologi.
-Proses perkembangan sosial adalah dipengaruhi oleh perjuangan untuk mewujudkan dan keupayaan untuk terus hidup.
-Masyarakat berkembang melalui 2 cara:
a) penggadaan anggota
b)
MAX WEBER (1864-1920)
-Menolak konsep metarialisme sejarah Marx kerana Weber berpendapat idea dan nilai turut mempunyai kesan yang sama seperti faktor ekonomi.
-Tidak setuju dengan revolusi dan mengkritik sosialisme.
-Menemukan teori mengenai proses rasionalisasi
-Menyumbangkan konsep ideal type (ciri ungggul) kepada sosiologi moden.
-Menjelaskan bahawa tidak tepat mengkaji manusia sama seperti mengkaji sains fizikal.
GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)
-Memperkenalkan teori interaksionisme simbolik (simbol yang signifikan atau mempunyai makna)
- Konsep yang terkenal : kendiri, minda, dan masyarakat.
-Menumpukan perhatian kepada menganalisis proses sosial bersaiz kecil
- Beliau menghuraikan hubungan antara aksi manusia dengan konsep simbol.
-Bentuk-bentuk simbol: perkataan, perlakuan, objek dan bahasa.
TEORI PENDIDIKAN MODEN
PERSPEKTIF SOSIOLOGI
-Perspektif terbahagi kepada 2 bahagian iaitu mikro dan makro.
MIKRO
|
MAKRO
|
Ø Penagihan dadah adalah pilihan individu
Ø Kesan kesihatan fizikal dan mental ke atas individu.
|
Ø Kes jenayah
Ø Penyakit berjangkit
Ø Kualiti kerja dan pengeluaran
Ø Pengabaian kanak-kanak
|
TEORI UTAMA SOSIOLOGI
*TEORI FUNGSIONALISME
*TEORI INTERAKSIONISME
*TEORI KONFLIK
TEORI fUNGSIONALISME
-Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat
-Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri (ada tujuan dan perlakuan tertentu). Teori fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan.
-Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur.
-Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur masyarakat berfungsi.
-struktur sosial akan menetukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat.
- Brinkerhoff & White telah merumuskan tiga andaian utama tentang fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi.
*stabiliti- kriteria pilihan utama yang menunjukkan sejauh mana masyarakat dapat dikekalkan.
*Harmoni- bagaimana semua bahagian struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya.
*evolusi- menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.
TEORI INTERAKSIONALISME
-Dipelopori oleh George Herbert Mead(1863-1931)
-Ia membincangkan peranan individu dalam sistem sosial
-Teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterprestasi dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
-ahli-ahli interaksionalisme mentafsir makna perlakuan atau aksi individu dan memperjelaskan makna-makna yang subjektif dikongsi bersama oleh anggota-anggota masyarakat.
-Oleh itu, teori ini mempunyai 2 asas pemerhatian penting iaitu mangkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.
7 PRINSIP ASAS INTERAKSIONISME
1) Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan berfikir.
2) Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial.
3) Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari simbol dan makna yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka.
4) Simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
5) Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi.
6) Manusia berusaha menjangkakan kesan tindakan , membuat penilaian baik-buruk dan menentukan tindakan yang sesuai.
7) Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat.
TEORI KONFLIK
-Teori ini menganggap konflik adalah satu aspek utama (fundamental) dalam kehidupan masyarakat, dan ia tidak mungkin dapat diatasi sepenuhnya.
-Mengikut teori ini, konflik itu paling tidak dapat dibendung apabila agensi kawalan sosial yang bersifat formal (seperti polis, badab penguatkuasaan dll) memaksa anggota masyarakat supaya tunduk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
-Undang-undang menjadi alat penting yang digunakan oleh pihak berkuasa bagi menjamin supaya anggota masyarakat tidak melanggar peraturan atau melakukan sesuatu yang menjejaskan keutuhan institusi utama dalam masyarakat.
-Menurut Marx, apabila membuat penelitian tentang satu-satu fenomina sosial , seseorang itu tidak boleh memisahkan nilai daripada fenomina tersebut, malah ia menjadi sebahagian daripada kajian.(contoh: nilai-nilai Proletar).
PENGERTIAN PENDIDIKAN
* Syed Muhammad Qutb - pendidikan ialah suatu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan
* John Dewey- pendidikan ialah suatu proses perkembangan individu. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat .
* Pendidikan - proses pemindahan secara formal dan tidak formal pengetahuan , kemahiran dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama (Amir Hasan 2006) .
* Pendidikan sebagai satu proses , bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu produk adalah kesan berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
* Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat , yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum dan kaedah pdp.
Ulasan
Catat Ulasan