BAB 5: PENGURUSAN MURID
*Menurut Jaafar Muhammad (1998), pengurusan merupakan satu proses pengagihan input-input dengan cara perancangan, pengorganisasian, pergarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya organisasi tercapai.
*Peter F.Drucker menyatakan pengurusan sebagai proses sosial yang dibentuk untuk memberi kerjasama, penglibatan , campur tangan dan penyertaan orang lain kearah pencapain yang lebih berkesan bagi objektif utama.
*Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambilan alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam strategi ini guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan.
*Strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran ,meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin, 2007).
KESEDIAAN PELAJAR
KESEDIAAN KOGNITIF
Kesediaan kognitif- pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. Pencapain ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya.
KESEDIAN EFEKTIF
Kesediaan efektif- sikap kesedaran, keinginan,semangat , ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajarannya. Kesediaan efektif boleh juga dikaitkan dengan motivasi intrinsik.
KESEDIAAN PSIKOMOTOR
Kesediaan Psikomotor - merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan Psikomotor bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota dan pengawalan serta penyelarasan pergerakan badan.Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru. Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan.
*Oleh itu, pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan sengsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
REKOD MURID
TUJUAN MENGURUS REKOD MURID
* memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
* kemaskini profil murid
*mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar
* Menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI)
*sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.
* Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.
PERANAN GURU KELAS
- Mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga
-Memastikan murid keluar masuk sekolah dikemaskini
-Menyemak dan membetulkan ralat
-Melaporkan kehadiran harian murid kepada penolong kana HEM dan Pembantu Tadbir
PERANAN GURU DATA
- Membantu mengumpul , mengunci data , memproses, menyimpan , mencetak , menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data / modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah SPS
KEPENTINGAN REKOD MURID
- Memantau kemajuan murid
-Menjalinkan hubungan antara guru, ibu bapa di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid
- Membantu KPM mengenalpasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan.
KEPENTINGAN REKOD MURID KEPADA GURU
- Mengenalpasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran
* Memerlukan bimbingan khas
* Bantuan kewangan
- Menentukan aktiviti/pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan , minat dan pencapaian murid.
PERBEZAAN MURID TERBAHAGI KEPADA 6 :
- Perbezaan perkembangan mental
- Perbezaan sikap dan minat
- Perbezaan kadar pertumbuhan fizikal
- Perbezaan status sosioekonomi
- Perbezaan jantina
- Perbezaan dalam diri individu
perbezaan perkembangan mental
-Walaupun berada pada peringkat umur yang sama, tetapi murid mempunyai corak perkembangan mental yang berbeza.
-Wujud secara semulajadi
perbezaan sikap dan minat
- Murid yang berminat akan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran dan sebaliknya.
-Guru menghadapi masalah dalam memilih isi kandungan , bahan dan alat bantu mengajar.
perbezaan kadar pertumbuhan fizikal
-Kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama tidak mempunyai kebolehan yang sama.
- Guru menghadapi masalah dalam memilih isi kandungan , bahan , alat bantu mengajar.
perbezaan kadar pertumbuhan fizikal
- Kanak-kanak dalam kumpulan yang sama tidak mempunyai kebolehan yang sama
-Masalah kepada guru dalam merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada murid.
perbezaan sosioekonomi
-Murid -murid yang datang daripada latar belakang keluarga yang miskin kurang menceburkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran
perbezaan jantina
- Lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan fizikal yang berbeza.
- Masalah kesediaan belajar berpunca daripada pengaruh nilai kebudayaan terhadap jantina.
perbezaan dalam diri individu
-Seorang murid yang cerdik tidak semestinya pandai dalam serba serbi. Guru tidak boleh menggolongkan murid sebagai 'pandai' dalam satu bidang pengajaran semata-mata
- perancangan pelajar perlu mengambil kira masalah perbezaan kecerdasan yang wujud dalam diri individu
Ulasan
Catat Ulasan