BAB 14: PENGURUSAN ALAM BELAJAR
TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN v Menurut (Shaarai, 2012), proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014), Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. v Menurut Samsudin Md Noor, pengurusan alam pembelajaran membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Manakala menurut Lee Shok Mee pula menjelaskan bahawa alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang...